Striker muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bertekad memperbaiki teknik penyvdah bagi membantu skuad bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan di kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun ini.
Pemain berusia 20 tahun itu berkata, dia tidak mudah mengaku kalah dan terus menampilkan aksi terbaik pada kejohanan berkenaan serta sedia menerima segala kritik4n atau t0hm4han peminat bola sepak negara terhadap aksinya sebelum ini.
Saya cuba memperbaiki dari segi t3knikal penyudah yang masih perlu diperkemas lagi kerana saya yakin setiap orang ada kelemahan tersendiri.
Masih banyak perlu dipelajari bagi menjadi seorang pemain berkualiti. Saya terima segala kritikan peminat bola tempatan untuk terus memperbaiki diri,” katanya ketika ditemui di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini hari ini.
Pada 23 Mei lalu, Luqman Hakim dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan pada temasya Sukan Sea ke-31, menjadi dua pemain yang g4gal menjaringkan penalti, menyaksikan pasukan negara tewas 3-4 sekali gus pulang tanpa pingat.
Luqman Hakim yang berpangkalan di Belgium bersama kelab KV Kortrijk berkata, dia yakin semua pemain dapat menyesuaikan diri walaupun menghadapi cuaca lebih sejuk kerana pernah beraksi di kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, tahun lalu.
Sementara itu, kapten skuad B-23 kebangsaan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yakin rakan sepasukan melakukan yang terbaik dan mengharapkan sokongan berterusan daripada peminat bola sepak tempatan.
“Setakat in, pemain dalam keadaan baik kerana jurulatih bagi cuti sehari untuk meluangkan masa dengan keluarga. Itu antara pembakar semangat kami untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.
Ketua jurulatih pasukan B-23 kebangsaan Brad Maloney pula percaya dengan keupayaan anak buahnya untuk mencipta kejayaan pada kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan.
Jurulatih dari Australia itu berkata, pengalaman mengharungi enam perlawanan di temasya Sukan Sea baru-baru ini amat berguna untuk menghadapi keadaan lebih mencabar di Uzbekistan dan yakin dengan k0mitmen dan semangat dimiliki pemain dapat membantu mencapai keputusan lebih baik.
sumber:- HM
Skuad B-23 berdepan tugas berat pada kempen Piala Asia B-23 apabila diundi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan Korea Selatan, naib juara edisi 2018 Vietnam dan Thailand.