Penyokong setia Terengganu FC (TFC) lega apabila pemain kesayangan mereka, Manuel Ott masih setia bersama skuad Penyu walaupun cuba ‘dip4ncing’ pasukan lain menjelang jendela perpindahan kedua bermula Sabtu ini.
Berita gembira itu dikongsi sendiri pemain berd4rah kacukan Filipina-Jerman itu yang mengakui begitu sayang untuk meninggalkan pasukan TFC, lebih-lebih lagi dia belum pamer taring sebenarnya lagi musim ini.
Tambah pemain berusia 30 tahun yang lebih mesra dipanggil ‘Manny’, penundaan perlawanan yang terpaksa dilalui pasukannya juga menyebabkan dia belum puas berbakti bersama pasukan keduanya dalam pentas Liga Malaysia (Liga M) selepas membantu Melaka United FC (MUFC) musim lalu.
Saya akui ada menerima tawaran pasukan lain ketika jendela kedua perpindahan, namun sejujurnya saya gembira bersama TFC dengan fokus mencapai sasaran yang kami inginkan.
Walaupun sedikit terkilan dengan penundaan perlawanan ketika momentum berada dalam keadaan baik, tapi saya tetap gembira bersama TFC.Lagipun saya sentiasa melakukan latihan kecergasan supaya kekal berada dalam keadaan terbaik sebelum aksi disambung semula bulan depan,” katanya ketika dihubungi.
Ketika ditanya mengenai kepercayaan ketua jurulatih skuad kebangsaan Filipina, Thomas Dooley yang memanggilnya untuk memperkuatkan pasukan negaranya bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan, pemain tengah itu tekad untuk membalas kepercayaan diberikan selain mahu membuktikan pemilihan bekas pengendali Sri Pahang FC itu membarisi skuad The Azkals adalah tepat.
Saya pernah bersama Dooley sebelum ini ketika aksi Piala Asia, jadi saya tidak berdepan masalah untuk mengikuti falsafah bola sepaknya serta corak permainan jurulatih itu, begitu juga dengan rakan sepasukan kerana sudah mengenalinya.
sumber:- HM
“Namun kami tidak boleh mengambil mudah, sebaliknya perlu tingkatkan lagi prestasi berdepan skuad Yaman, Mongolia dan Palestin dalam Kumpulan B bagi memastikan kami layak ke pusingan seterusnya,” katanya.