sukan

De Paula Berubah dibawah Kim Pan Gon

SEBELUM turun bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan, Harimau Malaya akan melalui proses ‘temu duga’ menerusi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei dan Hong Kong.

Brunei bakal menjadi lawan sulung buat anak buah Kim Pan Gon dalam misi ‘memanaskan enjin’ sebelum mereka berdepan pasukan yang pernah dibimbing Pan Gon sendiri Rabu ini.

Menjelang aksi men3ntang Brunei malam ini, tiga perkara dilihat bakal menjadi tumpuan penyokong yang sudah pasti tidak sabar untuk menyaksikan pemain negara berentap di laman sendiri.

Sebelum ini, Pan Gon menjelaskan skuad negara akan menjadi ‘sesumpah’ dengan penerapan pelbagai formasi berbeza bagi mengelak permainan skuad negara mudah ‘ditilik’ pasukan lawan.

Jadi, kita ternanti-nanti apakah perubahan yang bakal disajikan oleh anak buah Pan Gon apatah lagi dia sebelum ini menyatakan sedang membangunkan ‘s3njata rahsia’ yang masih lagi ‘dipendam’.

Mungkinkah ada lagi ‘eksperimen’ untuk memberi peluang kepada muka baharu yang dipanggil kali ini dan apakah itu ‘s3njata rahsia’ yang bakal didedahkan oleh Pan Gon pada malam ini?

Bercerita mengenai muka baharu, tidak sah sekiranya tidak menyentuh mengenai striker naturalisasi negara, Guilherme de Paula yang dipanggil selepas ‘dibekukan’ sebelum ini.

Panggilan De Paula sudah semestinya satu kejutan kerana dia tiada minit permainan namun hanya Pan Gon yang tahu apa yang ada pada pemain kelahiran Brazil itu sehingga dia ‘menongkah arus’ dengan menyenaraikannya.

Berdepan lawan di ranking ke-191 dunia, aksi ini tampak menjadi kesempatan terbaik untuk De Paula mendapatkan semula keyakinan sebagai pengg3mpur sejati di hadapan gol.

Namun, situasi ini mampu memakan diri jika pemain berusia 35 tahun itu tetap bergelut, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada striker yang berasal daripada negara yang terkenal dengan bola sepak bermutu tinggi?

Selain itu, menarik juga untuk menyaksikan bagaimana muka baharu menyesuaikan diri dengan model dan cara permainan yang ingin diterapkan Pan Gon.

‘Kami menuntut usaha yang lebih daripada pemain’ – itu yang selalu ditekankan Pan Gon jadi persoalannya, mampukah pemain yang diturunkan menterjemahkan apa yang dirancang ke dalam padang?

Dua aksi Tier 1 ini sebenarnya bukanlah aksi persahabatan semata-mata – ia ibarat ‘sequel’ daripada dua aksi persahabatan yang berlangsung sebelum ini menyaksikan Malaysia menang 2-0 ke atas Filipina sebelum tewas 2-1 di tangan Singapura.

Dua perlawanan ini membawa makna dan tanggungjawab yang besar buat Pan Gon serta anak buahnya – bagaimana untuk ‘menjalin’ babak pertama di Singapura dengan aksi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan hasil yang terbaik?

Bukan kekalahan yang mahu didebatkan tetapi apa yang ditunjukkan pemain negara jelas memuaskan hati penyokong sekali gus menyaksikan jangkaan lebih tinggi diletakkan ke atas bahu pemain kali ini.

Bibit-bibit positif mula dituai dengan permainan bertenaga dan menarik, jadi diharapkan momentum ini dapat diteruskan selepas penyokong kembali ‘mempercayai’ skuad kebangsaan.

Mungkin ketika ini penyokong masih memberi muka dan berada dalam fasa di mana menang atau kalah bukan keutamaan tetapi kesungguhan untuk berjuang serta mengejar setiap bola, bukan setakat mencekak pinggang ataupun berjogging semata-mata.

Justeru, janganlah pula kepercayaan ini ‘dikhianati’ dengan menghidangkan permainan yang tidak seperti diharapkan penyokong.

sumber:- BH

Oh ya tidak dilupakan juga ini juga kali pertama Pan Gon dan barisan kejurulatihan baharu ‘menghadap’ lautan manusia di Stadium Nasional Bukit Jalil, ayuh penyokong berikan sambutan sulung yang pasti tidak dapat dilupakan oleh mereka