sukan Syok Woo Baca

Tahniah Skuad Harimau Malaya, ini baru betul mengaum

Skuad Harimau Malaya ‘merasmikan’ aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas lebih dua tahun dengan langkah kanan apabila menjadikan Brunei sebagai ‘m@ngsa’ menerusi kemenangan 4-0, sebentar tadi.

Ini adalah kemenangan kedua buat pengendali baharu, Kim Pan Gon sekali gus membekalkan tonik terbaik sebelum mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang Hong Kong di venue sama, Rabu ini.

Men3ntang lawan di ranking ke-191 dunia itu, peluang jelas dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pan Gon untuk menjalankan ‘eksperimen’ terutamanya dengan memberikan penampilan pertama kepada pertahanan, V Ruventhiran.

Selain Ruventhiran, Pan Gon turut memberikan kepercayaan kepada beberapa pemain simpanan antaranya seperti Khairul Azhan Khalid, Syahmi Safari, Mohamadou Sumareh dan Faisal Halim untuk membarisi kesebelasan utama.

Malaysia bermain dengan 10 pemain sejurus sepak mula apabila Sumareh dirempuh pemain Brunei sehingga memaksa pemain naturalisasi itu dikeluarkan seketika untuk menerima rawatan di tepi padang.

Gawang Brunei hanya sempat bertahan 15 minit selepas Malaysia membuka jaringan menerusi tandukan Syafiq Ahmad berpunca daripada sepakan sudut yang diambil Ruventhiran.

Beberapa percubaan tanpa ‘tujuan’ yang dilancarkan pemain negara selepas itu tidak cukup untuk mengubah kedudukan sehinggalah Syamer Kutty Abba menyudahkan hantaran satu dua Faisal untuk menjadikan kedudukan 2-0 di penghujung babak pertama.

Sekalipun terlepas peluang meledak gol pada minit ke-50 namun Guilherme de Paula menjadi ‘arkitek’ untuk gol ketiga Malaysia selepas hantarannya disempurnakan Faisal pada minit ke-57 sebelum dia mensia-siakan kesempatan terbaik untuk menambah gol keempat Malaysia tiga minit berselang.

sumber:- BH

Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi gamat apabila detik yang amat dinantikan ribuan penyokong hadir pada minit ke-81 selepas De Paula tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 4-0.