sukan Syok Woo Baca

De Paula Terkini, lain dari lain

SKUAD Harimau Malaya tidak berdepan mas4lah untuk menewaskan Brunei 4-0 pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Aksi persahabatan yang boleh diibaratkan aksi pemanas badan sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E mulai 8 hingga 14 Jun nanti itu secara keseluruhannya didominasi oleh skad kendalian Kim Pan-gon itu.

Skuad Harimau Malaya bermula garang sebaik wisel permulaan menerusi asakan-asakan berb@haya ke pintu gol Brunei bagi membuka jaringan.

Bagaimanapun, kebanyakan asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang pertahanan Brunei.

Namun, minit ke-16, menyaksikan Stadium Nasional Bukit Jalil bergema apabila Syafiq Ahmad menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan sudut daripada V.Ruventhiran.

Gol berkenaan menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu mula mendominasi perlawanan apabila dilihat banyak melakukan percubaan ke pintu gol Brunei dalam usaha menambah jaringan.

Segala percubaan berkenaan akhirnya menghasilkan gol kedua menerusi jaringan Syameer Kutty Abba pada masa kecederaan babak pertama.

Babak kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan dan asakan-asakan berkenaan berhasil apabila Faisal Halim meledak gol ketiga pada minit ke-58, hasil lorongan cantik daripada Guilherme de Paula.

Minit ke-81 menyaksikan De Paula sendiri mencatatkan nama selaku penjaring apabila menjaringkan gol keempat setelah menyempurnakan sepakan penalti setelah Akhyar Rashid dikasari dalam kotak penalti.

Menuju ke penghujung permainan, skuad Harimau Malaya dilihat semakin hebat mengasak ke gawang Brunei dalam usaha menambah jaringan, namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dijaringkan hingga ke wisel penamat.

sumber:- SH

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu bakal berdepan Hong Kong pada aksi persahabatan seterusnya di venue sama, pada 1 Jun sebelum memulakan aksi kelayakan Piala Asia 2023 berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).