sukan

Tinggalkan KDA FC Sudah

Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dari Korea Selatan, Jang Suk Won menjadi pemain import pertama mengucap selamat tinggal kepada skuad Sang Kenari sebaik memasuki jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bermula hari ini.

Melalui pengumuman yang di laman rasmi KDA FC, Suk Won yang beraksi di bahagian pertahanan mencapai persetujuan penamatan kontrak lebih awal selepas mendapat pertimbangan daripada pihak pengurusan untuk mendapat rawatan pemulihan jangka panjang.Terima Kasih Jang Suk Won, biar jasa jadi kenangan. KDA FC dan Jang Suk Won mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal selepas mempertimbangkan permohonan pemain itu untuk mendapat rawatan pemulihan jangka panjang.

Walaupun bermula baik di saingan awal Liga Super, beberapa siri kecederaan pemain dan bergelut dengan prestasi semasa, slot kuota Asia akan diisi oleh pemain baharu dalam masa terdekat bagi mengisi slot yang dikosongkan.

“Beliau kembali ke Korea Selatan semalam dan sempat mengucapkan salam perpisahan bersama rakan sepasukannya,” katanya.

Menurut KDA FC lagi, Suk Won yang juga import kuota Asia tetap akan dikenang sebagai pemain Korea Selatan yang ketiga bersama pasukan selepas dua lagi bekas pemain iaitu Bang Seung Hwan dan Namkung Wong yang turut pernah bersama Kedah beberapa musim lalu.

Kedah pernah menggunakan khidmat Namkung Wong pada musim 2014 manakala Bang Seung Hwan pula menyertai Kedah bermula musim 2015 hingga 2016.

sumber:- KM

Status empat lagi pemain import Sang Kenari musim ini iaitu Marc Vales, Dechi Marcel, Dennis Buschening dan Ronald Ngah masih dinantikan penyokong pada jendela perpindahan kedua musim ini yang bermula 28 Mei hingga 24 Jun depan.