sukan Syok Woo Baca

Kian Membuah Hasil Sejak Kehadiran Kim Pan- Gon

Ketika Kim Pan Gon mula-mula mengumumkan senarai pemain-pemain Malaysia bagi membuat persiapan ke pusingan akhir kelayakkan Piala Asia, ramai peminat-peminat mempertikaikan beberapa nama yang tidak sepatutnya berada dalam senarai kerana tidak mendapat minit permainan di kelab-kelab mereka. Namun, Pan Gon tetap berpegang kepada pendiriannya dan falsafahnya untuk melihat dan menilai sendiri pemain-pemain itu dengan mata kepalanya sendiri.

Akhirnya, malam kelmarin sudah terjawab kenapa mereka perlu diberikan peluang untuk berada di dalam skuad Harimau Malaya. Ia kerana dengan kemahiran dan teknikal serta pengalaman yang mereka miliki.

Kita boleh melihat bagaimana keserasian dan persefahaman yang baik ditampilkan Syamier Kutty Abba, Faisal Halim, Safiq Rahim, Akhyar Rashid, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula dalam merencanakan gerakan Harimau Malaya apabila diturunkan. Kombinasi Safiq Rahim dan Syamer Kutty ada menampakkan persefahaman yang jitu sehingga berjaya membuka ruang kepada rakan untuk menghasilkan jaringan.

Begitu juga dengan De Paula, Liridon dan Faisal, di mana kombinasi dan persefahaman mereka ini juga membantu memberikan tekanan kepada lawan pada separuh masa kedua sehingga dapat menambah lagi dua jaringan untuk Harimau Malaya. Ini yang kita ingin lihat bagaimana mereka berjaya bermain secara berpasukan dengan disiplin yang tinggi serta semangat berpasukan yang utuh demi nama Malaysia. Walaupun ramai yang menyatakan Brunei merupakan lawan yang mudah tetapi pada perlawanan itulah sebenarnya menguji perwatakan dan kekuatan menta anak didik Pan Gon.

sumber:- SA

Sekiranya mereka gagal memberikan aksi yang konsisten serta tidak mampu untuk membentuk indentiti bola sepak Malaysia yang diinginkan Pan Gon, sudah tentu akan memberi tekanan kepada mereka kerana perlawanan yang mudah inilah pemain perlu mempraktikkan segala ilmu yang diberikan Pan Gon selain menguji kekuatan mental mereka. Apa yang dipamerkan anak didik Pan Gon amat membanggakan apabila mereka berjaya menguasai emosi dan keinginan yang tinggi untuk mencipta dengan sikap mentaliti kemenangan.