sukan Syok Woo Baca

impian Malaysia sebenar

Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara sedia ‘memb3dil’ pasukan gergasi Asia, Korea Selatan dalam aksi pertama Kumpulan C Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan, Khamis ini.

Pengendali negara, Brad Maloney berkata, kesemua 23 pemain yang di bawa ke kejohanan itu disahkan bebas daripada sebarang kecederaan, malah berada pada tahap terbaik menjelang saingan itu.

Begitupun, jurulatih yang berasal dari Australia itu mengakui bukan mudah untuk men3ntang skuad Taegeuk Warriors itu yang mempunyai ramai pemain berbakat dan sering mewarnai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Semua dalam keadaan baik walaupun kita tidak dapat bawa balik sebarang pingat dari Sukan Sea (di Hanoi, Vietnam minggu lalu), tetapi prestasi pemain agak baik secara keseluruhan dan saya boleh katakan pasukan ini sedang meningkat dan mereka akan terus meningkat sepanjang saingan Piala Asia ini.

Lawan (Korea Selatan) yang sukar dan nama besar dalam bola sepak Asia, di mana mereka memiliki ramai pemain terbaik serta kerap beraksi di Sukan Olimpik dan kejohanan utama, di mana saya jangkakan ia aksi yang g3tir.

“Kita nak beri cabaran sebaik mungkin dan akan buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Selain men3ntang Korea Selatan yang juga juara bertahan kejohanan, Malaysia turut berdepan Thailand dan Vietnam dalam kumpulan itu.

Hanya juara dan naib juara terbaik akan mara ke suku akhir, di mana skuad negara pernah melakukannya dalam edisi 2018 di China.

Ketika itu, pasukan negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee melepasi peringkat Kumpulan C selaku naib juara, namun Korea Selatan yang menanti di pusingan kal4h m4ti itu menewaskan Malaysia dengan 1-2.

Jelas Maloney lagi, persiapan ke Piala Asia dilihat lebih baik berbanding Sukan Sea lalu.

sumber:- HM

“Memang sebelum Sukan Sea persediaan kita agak singkat namun pemain nampaknya sudah serasi dan akan tampil lebih baik di kejohanan (Piala Asia) ini , jadi pemain tidak sabar untuk turun beraksi,” katanya.