sukan Syok Woo Baca

Pan-Gon sampaikan Nasihat Buat Penyokong Malaysia

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon (KPG) meminta semua pihak termasuk pemain dan penyokong bersatu untuk memastikan skuad Harimau Malaya meraih pencapaian yang diharapkan.

Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan, dia akan cuba sedaya upaya membuat perancangan terbaik buat pasukan negara untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.

Justeru, beliau berkata pemain memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk mendapatkan semangat yang maksimum dalam setiap perlawanan.

Penyokong, pasukan kita mesti bersatu. Bagi saya apa yang paling penting sama ada kami menang atau kalah, kami layak atau tidak layak, kami akan cuba yang terbaik.

Jika mahu ke peringkat seterusnya, kami kena cuba yang terbaik. Kami perlukan semangat berpasukan, penyokong, media dan seluruh negara, kita perlu bersatu.

Kami akan cuba yang terbaik dan berikan kebanggaan buat anda. Kami cuba membentuk bola sepak yang lebih baik, bermain dengan agresif dan menguasai perlawanan.

“Kami akan cuba berikan kemenangan untuk membuatkan anda gembira dan bangga. Sudah pasti kemenangan sangat penting, kami mencari kemenangan dan setiap orang mahukan kemenangan,” katanya.

Skuad Harimau Malaya mendapat keyakinan sebelum kempen kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan apabila menewaskan Brunei 4-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat lalu dengan jaringan disumbangkan Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba, Faisal Halim dan Guilherme De Paula.

sumber:- BH

Anak buah akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan berdepan Hong Kong di gelanggang sama, Rabu ini sebagai persiapan terakhir sebelum kempen kelayakan yang akan bermula 8 Jun ini.