sukan Syok Woo Baca

Disebalik Taktikal Pan-Gon Yang Mencapai Kemenangan

Kim Pan-gon optimis skuadnya berupaya menterjemahkan falsafah serta cara permainan yang ditagihnya, dalam bentuk jaringan ke atas Hong Kong.

Malaysia akan mengharungi ujian pemanas badan terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok sempena persiapan menghadapi pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023.

Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih dari Korea Selatan itu mencatat kemenangan 4-0 ketika membenam Brunei, Jumaat lalu, tetapi Hong Kong dianggap ujian sebenar skuad negara untuk mengasah taring.

Pendekatan tetap sama, kami akan terapkan falsafah dan corak permainan, sudah tentu menang dengan cara sama.

Malaysia mempunyai pemain bagus untuk melaksanakan permainan bola sepak seperti ini terutama setiap pemain memiliki kemahiran individu tersendiri.

Secara amnya, kami memerlukan sasaran untuk mempamerkan corak permainan tertentu, ia boleh membakar semangat.

Kalau semata-mata beraksi demi mencapai kemenangan maka kami terpaksa bermain secara negatif, hanya menunggu dan mengintai s3rangan balas akan membangkitkan kemarahan peminat.

“Jadi saya cuba terapkan bola sepak menarik untuk membuatkan peminat negara berbangga,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.

Sementara itu, ketua jurulatih pelawatn, Jorn Andersen, mengakui ia tempoh paling sukar sepanjang kerjayanya untuk mempersiapkan anak buahnya bagi berdepan Malaysia.

Ini berikutan pengendali yang berasal dari Norway itu terpaksa akur dengan kudrat pemainnya yang tidak beraksi di peringkat kompetitif sejak sekian lama.

Hong Kong yang ditempatkan dalam Kumpulan D peringkat kelayakan tidak menjalani sebarang latihan selama empat bulan selain enam bulan tiada perlawanan kompetitif selepas pihak kerajaan mengenakan larangan ketat berhubung penularan C0VID-19.

Tetapi ia tidak akan menghalang pengendali itu untuk sekadar berpuas hati berkubu di kawasan sendiri, malah dia cuba beralih kepada pendekatan meny3rang.

Sejak awal bulan ini, kami baru dapat mengumpul lebih ramai pemain dan mereka tidak berada dalam keadaan baik.

sumber:- SA

“Saya gembira untuk ujian terakhir men3ntang Malaysia di sini,” katanya.