sukan Syok Woo Baca

Mereka telah tiba, Malaysia Harus cipta sejarah

Pasukan Turkmenistan tiba di ibu negara hari ini bagi menyertai saingan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada 8 hingga 14 Jun ini.

Skuad kendalian Yazguly Hojageldiyev itu tiba di KLIA2, Sepang awal pagi tadi.

Turkmenistan berada dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Bangladesh dan skuad Harimau Malaya.

sumber:- BH

Mereka dijadual memulakan kempen kelayakan bertemu skuad bimbingan Kim Pan Gon pada 8 Jun ini, diikuti aksi bertemu Bangladesh pada 11 Jun dan aksi terakhir menentang Bahrain pada 14 Jun.