sukan Syok Woo Baca

Disebalik Lakonan Opera Akhyar Rashid

Ramai mungkin tidak menyedari insid3n mencuit hati membabitkan pemain sayap negara, Akhyar Rashid pada perlawanan persahabatan Harimau Malaya men3ntang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ini kerana Akhyar yang juga tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) sempat menjelirkan lidah sebaik pengadil memberikan sepakan penalti kepada Malaysia.

Terdahulu, Akhyar cuba menggelecek pertahanan Hong Kong, namun dia dikasari pemain lawan pada minit ke-31 menyebabkannya mengerang kesakitan.

Mungkin terlampau menahan ‘kesakitan’, dia sempat menjelir lidah ke arah rakan sepasukan ketika mereka menghampirinya.

Situasi itu mengundang rasa geli hati penyokong bola sepak tanah air apabila melihat gelagat pemain itu pada perlawanan terbabit.

“Mungkin dah tak sanggup tahan kesakitan itu yang sampai lidah terkeluar,” kata pemilik Facebook Epulazal.

“Alamak, live (secara langsung) nampak Akhyar jelir lidah. Pandai main dia ini,” kata Hafiz Yusof.

Namun, usaha Akhyar untuk mendapatkan penalti kali kedua selepas dia sekali lagi dijatuhkan di dalam kotak penalti lawan tidak berhasil kerana kemungkinan pengadil sudah membaca taktik pemain terbabit.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya membenam Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 itu.

Dua gol kemenangan diperoleh pada minit ke-31 menerusi sepakan penalti Muhammad Safawi Rasid dan sepakan percuma Safiq Rahim pada penghujung perlawanan memastikan Malaysia meraih kemenangan menentang pasukan yang berada di ranking ke-147 dunia itu.

sumber:- HM

Ia sebagai persiapan sebelum skuad Harimau Malaya yang diletakkan dalam Kumpulan E mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).