Sama ada gaji bertaraf ‘elit’ mahupun bertaraf ‘gaji minimum’, setiap pasukan Liga Malaysia (Liga M) perlu bijak dalam mengukur perbelanjaan dengan hanya berbelanja mengikut kemampuan yang ada.
Itu pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam yang menjelaskan setiap pasukan pasti lebih arif dengan bajet yang ada dalam kantung mereka sekali gus memaksa mereka untuk ‘mengukur baju di badan sendiri’.
Saya tidak mahu memberi komen mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) tetapi saya boleh beri penjelasan dari segi pelesenan dan kelab. Setiap pasukan tahu bajet mereka sendiri dan `ukur baju di badan sendiri’.
Setiap pasukan akan kendalikan pasukan masing masing mengikut keperluan yang diukur pada bajet dan teknikal. Dengan itu, saya tiada komen ataupun mengenai beri input pada kenyataan terbabit.
“Tetapi setiap pasukan ada kekangan sendiri dan ada juga yang ada kebolehannya sendiri. Jadi saya rasa semua ini dalan tangan pengurusan masing masing. Itu (gaji) adalah isu antara pengurusan dalaman,” katanya.
Terdahulu, Sanusi mendakwa ada pihak yang meletakkan gaji terlalu tinggi atau digelar gaji elit hingga boleh meruntuhkan industri bola sepak tempatan.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu menyifatkan gaji elit itu menyebabkan banyak pasukan bersaing menghadapi masalah kewangan yang turut mengheret kerajaan negeri masing-masing dalam kancah kemelut gaji pemain bola sepak.
Malah, situasi itu turut diakui pemerhati bola sepak kebangsaan, Mohd Sadek Mustafa yang menjelaskan ‘gaji kayangan’ itu membuatkan ekosistem bola sepak negara tidak sihat apabila memberi impak kepada skuad kebangsaan.
sumber:- BH
Namun, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berpandangan sebaliknya apabila masalah sebenar bukan terletak pada penetapan gaji yang tinggi tetapi adalah kerana kegagalan pasukan melunaskan pembayaran gaji kepada pemain.