sukan

Luahan Hati Dari Arif Aiman Sendiri

Pemain muda s3nsasi negara, Arif Aiman Mohd Hanapi menyifatkan beliau seorang pemain yang tidak mudah berpuas hati dengan prestasinya di padang.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 itu berkata perkara itu membuatkan dirinya tidak dapat berhenti berusaha untuk beraksi pada tahap terbaik dalam setiap perlawanan.

“Saya akan mencuba sampai saya berpuas hati,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam tadi, menyaksikan pasukan negara menang 2-0.

Pada perlawanan men3ntang Hong Kong, meskipun tidak mencetak nama sebagai penjaring, Arif Aiman tetap mencuri tumpuan apabila sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan menerusi larian pantas dan hantaran lintang berbahaya ke kawasan kotak penalti.

Namun, tonggak jentera s3rangan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu enggan dilabel sebagai pemain harapan dalam skuad Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon.

Katanya, beliau adalah individu biasa dan gelaran pemain harapan itu harus diberikan kepada semua pemain bukannya secara perseorangan.

Berusia 20 tahun, Arif Aiman adalah pemain termuda disenaraikan Pan Gon ke kem latihan pusat dalam usaha membentuk pasukan terkuat bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 di sini, bermula minggu depan.

Justeru, beliau berkata segala kekurangan akan diperbaiki untuk terus mengekalkan prestasi pada tahap optimum dalam tiga aksi getir saingan Kumpulan E kempen kelayakan menentang Turkmenistan 8 Jun ini, Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).

“Saya harap (perlawanan) malam ini (semalam) sebagai permulaan untuk saya persiapkan diri menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 nanti,” katanya.

Pada masa sama, Arif Aiman berkata tiada rahsia di sebalik kematangan dan ketenangan yang ditonjolkan dalam permainannya biarpun menjadi pemain termuda beraksi untuk skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

sumber:- BH

“Sebab saya anggap bola sepak macam satu hobi, memang saya minat dari dulu dan tidak anggap ia satu bebanan dan ini kerja yang saya hendak dari dulu lagi,” kata beliau.