sukan Syok Woo Baca

‘Otai’ idamkan sesuatu buat Harimau Malaya

Peluang mencipta sejarah dalam arena bola sepak negara sudah terhidang sekali gus mengharapkan barisan pemain skuad Harimau Malaya mampu memperoleh kejayaan pada kempen kelayakan Piala Asia 2023 bermula 8 Jun ini.

Pemain ‘otai’ skuad kebangsaan Safiq Rahim berkata, barisan pemain skuad Harimau Malaya masih lagi dahagakan kemenangan dengan mahu menjadikan perlawanan kelayakan Piala Asia itu sebagai medium meneruskan rentak kemenangan pasukan.

Berbekalkan sorakan penyokong Harimau Malaya, Safiq melihat tiada yang mustahil untuk pasukan negara mencipta kemenangan walaupun berhadapan dengan lawan yang berada di ranking lebih baik kelak.

Kemenangan malam ini adalah pembakar semangat untuk pasukan. Kami dahagakan kejayaan dan ini adalah peluang untuk kami mencipta sejarah baru kerana kita akan bermain di laman sendiri, jadi kita jangan lepas peluang ini.

“Peluang seperti ini tidak selalu datang jadi saya dan rakan sepasukan perlu jalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya kerana kita mahu layak ke Piala Asia 2023,” katanya.

Mengikut rekod, kali terakhir skuad Harimau Malaya beraksi di Piala Asia secara merit adalah 41 tahun lalu pada 1980 dengan Kuwait sebagai tuan rumah.

Pasukan negara beraksi dalam saingan Piala Asia edisi 2007, apabila empat buah negara di Asia Tenggara menjadi tuan rumah membabitkan Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya membenam Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Dua gol kemenangan masing-masing pada minit ke-31 menerusi sepakan penalti Muhammad Safawi Rasid dan sepakan percuma Safiq Rahim pada penghujung perlawanan memastikan Malaysia meraih kemenangan men3ntang pasukan yang berada di ranking ke-147 dunia itu.

sumber:- HM

Skuad Harimau Malaya yang diletakkan dalam Kumpulan E dalam rangka persiapan mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).