sukan

TFC Bakal Diuji Tiga kelab Luar

Selepas berehat panjang, kemampuan pemain Terengganu FC (TFC) akan diuji menerusi tiga aksi persahabatan antarabangsa sebelum kembali mengharungi saingan Liga Super yang bakal bersambung pada 18 Jun ini.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, skuad kendalian Nafuzi Zain itu bakal men3ntang kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC pada Sabtu ini dan Isnin di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Selepas itu, katanya, skuad Penyu akan bertemu kelab dari Singapura, Balestier Khalsa FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Jun.

Matlamat utama aksi persahabatan ini adalah untuk memastikan skuad TFC berada pada kondisi terbaik bagi meneruskan saingan Liga Super tidak lama lagi selepas berehat panjang.

Selain itu, ianya berita gembira buat penyokong setia hitam putih yang sememangnya menanti untuk melihat pemain TFC beraksi selepas sekian lama berehat.

“Kami harapkan pemain dapat peragakan aksi terbaik dan bersungguh-sungguh bagaikan perlawanan sebenar bagi memastikan matlamat utama perlawanan ini tercapai,” katanya.

Mohd Sabri berkata, tiket perlawanan bagi dewasa berharga RM10 bagi setiap perlawanan dan RM25 bagi tiga perlawanan manakala kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah percuma dengan tiket akan dijual pada hari perlawanan.

sumber:- BH

Berdasarkan kedudukan dalam carta Liga Super, TFC yang sudah beraksi empat perlawanan kini menghuni di tangga keempat liga dengan mengutip enam mata menerusi dua kemenangan.