sukan Syok Woo Baca

Formula Kim Pan-Gon Ceriakan Pemain Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Memainkan muzik K-pop dan beberapa lagu hit penyanyi Amerika Syarikat (AS) antara kaedah digunapakai pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon ketika mengendalikan sesi latihan.

Arena Metro yang sering memantau latihan skuad negara agak terpegun dengan pendekatan digunakan Pan-gon yang tidak pernah dilakukan mana-mana jurulatih sebelum ini sama ada Tan Cheng Hoe, Nelo Vingada, Datuk Ong Kim Swee, Dollah Salleh mahupun Datuk K Rajagobal.

Irama lagu K-Pop sering berkumandang di permulaan latihan dilihat membawa ‘m0od’ berbeza, sekali gus menceriakan suasana latihan, malah pengamal media yang mengikuti latihan turut terhibur.

Penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias mengakui kaedah latihan itu tidak pernah dilaluinya sepanjang 16 tahun bergelar pemain profesional.Itu yang best tu (latihan sambil dengar muzik), jadi pemain tak rasa tert3kan bila datang latihan dengan muzik dan sebagainya.

“Itu perkara baharu dan kadang-kadang di kelab lain, kita tak ada perkara macam gini…kadang-kadang waktu kita buat latihan ringan ada muzik dan perkara itu tidak beri tekanan ketika berlatih dan ia bagus,” katanya.

Mengulas mengenai penerimaan pemain sepanjang dua minggu kem latihan, tonggak berusia 35 tahun itu mengakui rakan sepasukan dapat mengikut corak latihan ditekankan bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) dan bekas jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong itu.

“Saya lihat semuanya baik apabila pemain memberikan komitmen sangat baik terutama di dalam padang. Latihan sangat intensiti sekarang, walaupun beliau punya aktiviti (waktu sesi latihan) pendek, tapi cukup berkesan dan berint3nsiti tinggi.

“Jadi perkara itu kita harus terjemahkan dalam perlawanan sebenar dan setakat sekarang apa yang beliau cuba terapkan kepada pemain, semua pemain boleh terima dan dapat sesuaikan dengan baik, itu lebih penting,” katanya.

Ketika ini, skuad negara dalam tempoh persiapan untuk mengharungi tiga aksi Kumpulan E dalam Kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, dari 8-14 Jun ini.

Turkmenistan adalah lawan pertama Malaysia pada 8 Jun ini, diikuti pertemuan dengan Bahrain pada 11 Jun sebelum menutup kempen bertemu Bangladesh pada 14 Jun ini.

sumber: hmetro

Juara kumpulan akan layak secara automatik manakala lima naib juata terbaik daripada enam kumpulan turut berpeluang beraksi di pusingan akhir Piala Asia tahun depan.