sukan

Korea Selatan Kena Bedal

Neymar mel3dak dua sepakan penalti untuk membantu Brazil memb3lasah Korea Selatan 5-1 sekali gus satu amaran bahawa mereka serius bagi menghadapi Piala Dunia 2022.

Striker Paris Saint Germain (PSG) itu menjaringkan gol ke-72 dan 73 untuk negaranya menghampiri rekod Pele 77 jaringan.

Neymar juga berjaya menengg3lamkan ketua pasukan Korea Selatan, Son Heung Min, iaitu pemenang bersama kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Brazil mengambil kesempatan di atas kelemahan pertahanan Korea Selatan untuk mendahului pada minit ketujuh apabila Richarlison melakukan percubaan susulan selepas Fred terlepas peluang keemasan.

Striker Bordeux, Hwang Ui Jo berjaya menyamakan kedudukan buat tuan rumah selepas setengah jam perlawanan berlangsung dengan melakukan penyudah cantik.

Bagaimanapun, Brazil kembali di depan pada minit ke-42 selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila Alex Sandro dikasari Lee Yong dan ia berjaya disudahkan Neymar.

sumber:- HM

Neymar mel3dak satu lagi sepakan penalti pada minit ke-57 sebelum Coutinho dan Gabriel Jesus mencetak nama sebagai penjaring untuk memberikan kemenangan besar buat Brazil.