sukan

Tidak guna ‘pintu belakang’

Tiada istilah Selangor menggunakan ‘pintu belakang’ untuk memancing bintang pasukan lain berikutan tular teks perbualan di antara striker Terengganu II, Jordan Mintah, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, di aplikasi whatsapp.

Kontr0versi itu sememangnya menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk andaian terhadap Gergasi Merah selepas gagal menagih kelincahan Mintah pada awal musim ini.

Begitupun, kedua-duanya sudah menafikannya di laman media sosial masing-masing.Saya tidak mahu terbabit dalam hal sebegini jadi saya serahkan perkara ini kepada ejen.

Saya tidak boleh berbuat apa-apa sebab saya masih bersama Terengganu. Akaun Instagram dan Twitter saya telah dig0dam.

Tidak kisah di mana pun saya beraksi, apa yang paling penting ialah kegembiraan. Saya gembira di Terengganu.

Saya tidak boleh menyatakan sebarang pendirian dan saya masih bersama Terengganu, saya perlu menghormati dan fokus kepada Terengganu,” katanya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Menurut Dr Johan pula: Kami memang pernah menghubungi Jordan pada 18 September tahun lalu, iaitu sebelum kontraknya bersama Terengganu tamat pada akhir tahun.

Dalam tempoh enam bulan terakhir kontraknya, kami dibenarkan untuk menghubungi mana-mana pemain.
Selepas perbincangan itu, kami tidak teruskan tawaran terhadapnya.

sumber:- SA

“Memang ia ada berlaku pada tahun lalu tetapi tidak pada musim ini, jadi ia satu berita palsu.”