sukan

Tiga import baharu bakal meriahkan Dalam Liga M

Sri Pahang FC dikatakan akan menyenaraikan tiga import baharu sebaik saingan Liga Super bersambung.

Tiga daripada lima import yang membarisi skuad Tok Gajah itu akan digantikan dengan import baharu bagi memperkemaskan lagi skuad itu.

Lebih-lebih lagi di bahagian s3rangan yang kurang tajam ketika beberapa pasukan lain dilihat menyerlah terutama striker import.

“Namun, setakat ini perbincangan masih dilakukan dan diharapkan kemasukan tiga import baharu nanti akan lebih mantap,” kata sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC).

Difahamkan, tiga import yang bakal digantikan ialah striker dari Jordan, Mahmoud Za’tara, Billy Ketkeophomphone (Laos) dan Johan Martial (Perancis).

Keutamaan skuad kendalian Christophe Gamel ialah memperkasakan jentera serangan dan pertahanan.

Namun, setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pengurusan berhubung status lima import berkenaan.

Sri Pahang turut menyenaraikan penjaga gol import, Mamadou Samassa dan Manuel Hidalgo dari Argentina.

sumber:- BH

Selepas mengharungi lapan perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip lapan mata.