sukan

Tiga kelemahan masih jadi masalah utama

Tiga kelemahan utama dilihat masih membelenggu skuad Bawah 23 tahun (B-23) sekali gus menyaksikan ia mampu menjadi ‘titik’ yang boleh dimanipulasi lawan pada kempen Piala Asia B-23.

Bekas striker kebangsaan, Khalid Ali menjelaskan skuad Harimau Muda masih kekurangan dari aspek keyakinan, fokus dan juga kecergasan seperti ditunjukkan mereka ketika berentap pada temasya Sukan SEA di Vietnam baru baru ini.

Justeru, Khalid mengharapkan aspek ini dapat diperbaiki dengan dia percaya skuad bimbingan Brad Maloney mampu menjadi lebih mantap seandainya kelemahan ini dapat ditutup.

Pemain kita gagal men3mbusi pihak lawan, jadi kita kurang di situ di mana menembusi lawan, berlari dengan bola dan gelecekan. Tetapi memang ada perubahan dari segi pertahanan.

Mereka juga nampak kurang dari segi keyakinan, fokus dan kecergasan tetapi isu ini bukan setakat untuk skuad B-23 sahaja tetapi untuk semua lapisan skuad kebangsaan, pasukan Liga Super dan Liga Perdana.

Sebenarnya kita tidak ada beza dengan pasukan lain cuma kita perlu mantapkan pemain untuk bermain sehingga 90 minit dan 120 minit. Lihat pada Sukan SEA, tiada seorang pun pemain sayap kita dapat menembusi pertahanan Vietnam.

Ini sebab tahap kecergasan sudah menurun apabila berada dalam situasi satu lawan satu, fokus dengan keyakinan pun tiada jadi mereka terus buat hantaran lintang. Bagi mendapatkan gol dan beri peluang kepada penyerang, kita perlu tembusi pertahanan lawan.

Dekat situ kita nampak memang kurang (keyakinan, fokus dan kecergasan). Kalau kita dapat perbaiki, kita boleh jadi lebih baik,” kata Khalid.

Sebagai rekod, pasukan muda negara yang menamatkan saingan Sukan SEA di Vietnam tanpa sebarang pingat akan berentap dalam aksi lebih penting iaitu kempen Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan.

Anak buah Maloney itu diundi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Korea Selatan dan dua seteru Asia Tenggara yang turut bersaing pada temasya Sukan SEA lalu iaitu Thailand dan Vietnam.

sumber:- BH

Mereka akan memulakan kempen berdepan Korea Selatan hari ini (Khamis) disusuli Thailand pada Ahad sebelum menutup aksi peringkat kumpulan menentang Vietnam pada 8 Jun.