sukan

Kini Malaysia bukan Lagi pasukan Belasahan

Prestasi kubu pertahanan skuad Malaysia dalam empat perlawanan di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan Gon jelas menerbitkan keyakinan tinggi dan petanda positif menjelang Kelayakan Piala Asia 2023, Rabu ini.

Selepas mengharungi empat perlawanan, hanya dua gol dilepaskan oleh skuad negara iaitu ketika tewas 2-1 di tangan Singapura hasil ‘sumbangan’ Ikhsan Fandi pada aksi Tiga Negara, Mac lalu.

Dalam tiga lagi perlawanan, skuad negara menamatkan perlawanan tanpa bolos berdepan Filipina (2-0), Brunei (4-0) dan kemenangan terbaru 2-0 ke atas pasukan yang berada tujuh anak tangga di atas Malaysia, Hong Kong.

Bagaimanapun, pencapaian itu tidak seharusnya membuatkan pemain negara bersenang-lenang memandangkan mereka disifatkan berdepan lawan mudah dalam tiga aksi yang berakhir dengan kemenangan itu.

Benteng negara tidak banyak diuji dengan percubaan pasukan lawan sekali gus tidak dapat mengukur kemampuan sebenar mereka jika perlu berdepan situasi ‘kecemasan’ yang mungkin tercetus pada Kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

Pemain harus ingat bahawa keselesaan membawa padah dan untuk itu mereka perlu terus konsisten apatah lagi saingan di peringkat Kelayakan Piala Asia 2023 berada pada tahap yang berbeza berbanding empat aksi persahabatan diharungi sebelum ini.

Situasi itu diakui pertahanan negara, Shahrul Saad yang menuntut rakan sepasukan supaya dapat mengekalkan konsistensi dan membantu pasukan dengan tidak ‘menghadiahkan’ gol kepada pasukan lawan.

Kita mendapat dua keputusan yang bagus dan saya harap kita dapat kekalkan perkara ini untuk Kelayakan Piala Asia nanti. Tetapi masih ada lagi yang perlu diperbaiki supaya kami dapat memberikan aksi yang lebih baik.

Saya rasa tanggungjawab (tanpa dibolosi) bukan untuk pertahanan sahaja kerana kita bertahan sebagai satu pasukan. Kita efektif apabila bekerja sebagai satu pasukan di mana meny3rang sebagai satu pasukan dan bertahan pun sebagai satu pasukan.

sumber:- BH

“Kita mampu lakukannya pada perlawanan sebenar nanti,” katanya.