sukan Syok Woo Baca

Luar jangkaan dari Senarai akhir Pan-Gon

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menyenarai 23 pemain terbaik yang bakal menyahut cabaran saingan kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E bermula Rabu ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan sebanyak enam pemain telah digugurkan oleh pengendali import dari Korea Selatan itu.

Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni, Liridon Krasniqi, Norshahrul Idlan Talaha serta Syahmi Safari antara pemain yang tidak tersenarai.

Syahmi terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana mas4lah kesihatan.

FAM mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan para pemain ini di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu.

“Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan.”

sumber:- SA

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Turkmenistan pada Rabu depan, Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022), dengan semua aksi dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.