sukan Syok Woo Baca

Masih dipercayai Lagi De Paula serta Sumareh – Pan-gon

Kuala Lumpur: Dua pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula dan Mohamadou Sumareh terus menjadi taruhan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon apabila nama mereka berada dalam senarai akhir 23 pemain bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirai Rabu ini.

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seorang lagi pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi digvgurkan untuk perlawanan terbabit.

Selain Liridon, turut diketepikan untuk aksi yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, R Kogileswaran, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Norshahrul Idlan Talaha.Selain itu, seorang lagi pemain iaitu Syahmi Safari sudah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana mas4lah kesih4tan.

Terdahulu prestasi Paula dan Sumareh pada dua aksi persahabatan skuad Harimau Malaya menentang Brunei dan Hongkong menerima krltikn hebat daripada penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air.

Kedua-dua pemain berkenaan dikatakan menganggu rentak permainan pasukan sekali gus suk4r untuk skuad negara merencanakan ser4ngan ke kubu lawan.

SUMBER:HMETRO

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi tiga perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan kesemuanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.