sukan

Alasan Yang Kukuh Disebalik Pemilihan Paula dan Sumareh

Pemilihan dua pemain naturalisasi negara Guilherme de Paula dan Mohamadou Sumareh boleh dikatakan sebagai ‘s3njata r4hsia’ skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirai Rabu ini.

Walaupun dua pemain berkenaan menerima krltikan daripada penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air, namun mereka mempunyai fungsi tertentu yang hanya Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mengetahuinya.

Bekas pengendali skuad kebangsaan B Sathianathan berpendapat dua pemain berkenaan memiliki kelebihan fizikal terutama tandukan sekali gus diperlukan apabila bersaing dengan lawan lebih tegap dan tinggi.

Katanya, pemilihan senarai akhir pemain itu sudah tentu dilakukan bersama barisan kejurulatihan lain berdasarkan t4ktikal yang akan diterapkan pada perlawanan berkenaan.

Jika kita nak pemain yang mampu memegang bola dengan lama dan mempunyai ketinggian sudah tentu dua pemain ini mempunyai kelebihan.

Kita hanya melihat pemain berkenaan di atas padang saja namun Pan-gon meneliti mereka menerusi latihan dan juga aksi persahabatan.

Biarkan mereka (barisan kejurulatihan Harimau Malaya) memilih pemain yang sesuai kerana jika g4gal mereka juga yang akan dikritik penyokong bola sepak tempatan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, dua pemain terbabit terus menjadi taruhan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya apabila nama mereka berada dalam senarai akhir 23 pemain bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seorang lagi pemain naturalisasi negara Liridon Krasniqi digvgurkan untuk perlawanan terbabit.

Prestasi De Paula dan Sumareh pada dua aksi persahabatan skuad Harimau Malaya menentang Brunei dan Hong Kong menerima kritikan hebat daripada penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air.

sumber:- HM

Malah, Paula juga dilihat tidak pernah diturunkan untuk beraksi bersama JDT manakala khidmat Sumareh pula hanya digunakan dalam tempoh tidak sampai 10 minit bersama Harimau Selatan itu.