KUALA LUMPUR: Pemain sayap linc4h negara, Arif Aiman Hanapi pasti menjadi antara pemain yang berada dalam ‘radar’ pasukan lawan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya, Rabu depan.
Kelincahan dan kepantasan yang dimiliki pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) sering kali mengucar ngacirkan pertahanan lawan dari sudut tepi sehingga membuatkan pertahanan lawan tidak senang duduk menanti kelibat pemain itu.Situasi itu menyebabkan Arif sering ‘dic4ntas’ selepas pertahanan lawan tiada jalan lain selain perlu menggunakan kekerasan bagi memadamkan ‘anc4man’ yang dihadirkan pemain itu.
Ketika ditanya adakah kek4saran dan terj4han yang dilakukan lawan ke atasnya mendatangkan kebimbangan daripada memperagakan aksi yang kemas, Arif menegaskan dia sudah bersedia untuk berhadapan perkara itu.
“Kadang kadang bah4ya juga (terj4han ker4s) dan saya juga berfikir mengenai tetapi permainan seperti itu adalah perkara biasa dalam bola sepak,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Arif mengakui tidak berdepan m4salah untuk memenuhi ‘tuntutan’ daripada jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang sentiasa mahukan permainan berintensiti tinggi daripada anak buahnya.
“Bagi saya okay kerana di JDT pun, saya sentiasa meningkatkan prestasi. Saya pun pernah beraksi di Liga Juara Juara dan tiada mas4lah untuk beraksi di peringkat antarabangsa.
“Tetapi saya boleh ambil lagi pengalaman antarabangsa dengan lebih meluas,” katanya.
sumber:bh
Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya akan berdepan Turkmenistan pada Rabu disusuli Bahrain (11 Jun) sebelum menutup kempen Kelayakan Piala Asia 2023 berdepan Bangladesh pada 14 Jun.