sukan Syok Woo Baca

Bila Sudah Otai Berbicara

Kemampuan pemain naturalisasi negara Guilherme De Paula sebagai pengg3mpur utama skuad Harimau Malaya masih boleh dipertikaikan susulan prestasi yang tidak memberangsangkan ditampilkan dalam dua siri perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Legenda bola sepak negara Khalid Ali berkata sebagai striker, pemain kelahiran Brazil itu wajar memahami peranannya dan tidak hanya terlalu bergantung kepada kelebihan fizikal yang dimiliki semata-mata.

Justeru itu, beliau mempertikaikan peranan yang boleh dimainkan De Paula berikutan beliau masih diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon dalam senarai 23 pemain untuk membawa cabaran negara pada tiga perlawanan Kumpulan E, pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023, minggu depan.

Beliau tidak tahu fungsinya sebagai striker utama, menerima hantaran dan melakukan jaringan… mungkin sebab itu permainan beliau kucar-kacir serta tidak bagus mengawal bola dan menembus benteng pertahanan.

Beliau hanya bagus dalam melakukan jaringan dengan satu sentuhan sahaja… itu sahaja kemahiran dan badan dia yang besar dan tinggi, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bekas pemain Selangor itu juga berpendapat nama-nama seperti Safiq Rahim atau Muhammad Safawi Rasid dilihat mampu menggalas tugas sebagai striker sekiranya De Paula masih kekal dengan prestasi sama.

Mengakui masih terdapat kurangnya persefahaman antara pemain ketika aksi men3ntang Brunei dan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini, Khalid berkata masih banyak yang perlu dilakukan oleh Kim terutamanya di bahagian pertahanan dalam memastikan skuad negara dapat beraksi dengan baik dalam aksi kelayakan itu.

Hong Kong (adalah) pasukan yang tidak begitu teratur permainannya (dan) kita susah nak dapat peluang bebas untuk menghasilkan gol..

“Semasa men3ntang Hong Kong, corak pertahanan kita amat lemah. Striker lawan tak begitu baik tapi pertahanan kita kucar-kacir. Hong Kong ranking paling bawah tapi kita boleh bergelut dengan pasukan itu apatah lagi nak bermain di kelayakan Piala Asia,” katanya.

Malaysia merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Brunei dan 2-0 dalam pertemuan dengan Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 senarai pemain yang telah dipilih oleh jurulatih kebangsaan Pan Gon untuk beraksi pada kelayakan Piala Asia 2023.

sumber:- BH

Dalam saingan Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia 2023, skuad negara akan menentang Turkmenistan Rabu ini diikuti Bahrain pada 11 Jun serta menamatkan saingan kempen kelayakan berdepan Bangladesh pada 14 Jun. – BERNAMA