Ketiadaan pemain import dari Korea Selatan, Jang Suk-Won, yang dilepaskan oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC, bukan bermakna krlsis di bahagian pertahanan berakhir.
Jelas pertahanan kiri Kedah, Ariff Farhan Md Isa, tidak wajar untuk mengatakan kelemahan pertahanan Kedah berpunca dari Suk-Won sebaliknya mas4lah itu perlu dipikul bersama.
Namun, pertahanan berusia 26 tahun itu mengharapkan akan ada perubahan dengan kemasukan pertahanan import baharu bagi menggantikan Suk-Won pada pintu perpindahan kedua pemain.
Tidak boleh menyalahkan Suk-Won sepenuhnya terhadap mas4lah pertahanan Kedah kerana semua orang ada peranan masing-masing.Macam saya pun ada buat kesil4pan dan empat orang yang berada di bahagian pertahanan harus bertindak sebagai satu unit.
“Harap kemasukan tonggak import baharu yang gantikan Suk-Won akan berikan kelainan kepada barisan pertahanan supaya lebih stabil untuk harungi baki perlawanan selepas ini,” katanya.
Prestasi Kedah di bahagian pertahanan menjadi kritikan sebahagian besar penyokong biarpun membariskan dua pertahanan tengah import, Marc Vales selain Suk-Won yang telah dilepaskan pada 28 Mei lalu.
Kedah setakat ini b0los sebanyak 17 kali dalam sembilan perlawanan dan merupakan yang tertinggi bersama Sarawak United di Liga Super.
Dalam pada itu, Ariff mengakui Kedah masih terasa dengan ketiadaan dua tonggak senior musim lalu, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali yang memilih ke Sabah FC.
Situasi itu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Kedah yang tampak kurang meny3ngat di Liga Super namun Ariff Farhan 0ptimis secara perlahan-lahan mereka mampu bangkit bagi hadapi baki saingan Liga Malaysia 2022.
Kami sebenarnya masih dalam proses menerima ketiadaan Baddrol dan Rizal, dua pemain senior yang cukup berpengaruh kepada pasukan.
sumber:- HM
“Memang masih terasa ketiadaan mereka yang sentiasa menjadi ketua kami serta dihormati di atas padang,” katanya.