sukan

Malaysia terpaksa terima hakikat

Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara tersingkir awal dari saingan Piala Asia B-23 apabila tewas 0-3 di tangan Thailand di Stadium Bunyodkor, Tashkent, Uzbekistan, sebentar tadi.

Thailand memperoleh gol pendahuluan menerusi Suphanat Mueanta pada minit ke-23 selepas rembatannya tertampan Harith Haiqal sebelum menerjah jaring.

Malaysia mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-60, namun rembatan jarak dekat Hadi Fayyadh Abdul Razak gagal untuk menewaskan penjaga gol Thailand, Nopphon Lakhonphon.

Thailand yang dilihat lebih banyak melakukan gerakan dan percubaan berb@haya berjaya menambah jaringan pada minit ke-69 menerusi Channarong Promsrikaew apabila dia tenang menyudahkan hantaran Nico Mickelson.

Hanya empat minit kemudian, pintu gol ‘Harimau Muda’ bocor lagi hasil jaringan Mueanta, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya Thailand.

Ia kekalahan kedua dialami skuad kendalian Brad Maloney selepas tunduk 1-4 di tangan juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi pertama Kumpulan C, Khamis lalu.

Keputusan berdepan Thailand itu juga menutup terus peluang untuk skuad negara merebut slot ke suku akhir dengan mereka akan melengkapkan aksi peringkat kumpulan berdepan Vietnam, Rabu ini.

Korea Selatan yang diikat Vietnam 1-1 kini berkongsi empat mata bersama Thailand dengan kedua-duanya menguasai kedudukan dua teratas kumpulan.

sumber:- BH

Vietnam yang kini mengumpul dua mata selepas dua perlawanan berada di kedudukan ketiga, sementara Malaysia tanpa sebarang mata di kedudukan terc0rot.