Syok Woo Baca

Spekulasi perpindahan Azam Azih akhirnya terjawab

Pemain Harimau Malaya, Nor Azam Azih masih bersama Sri Pahang FC sebaik saingan Liga Super bersambung.

Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan bahawa tiada sebarang keputusan berhubung penghijrahan pemain tengah itu ke pasukan lain.

Setakat ini, Azam masih lagi bermain bersama skuad Tok Gajah dan tidak timbul dia akan meninggalkan kelab ini pada jendela perpindahan kedua yang sudah dibuka.

Pada masa sama, tiada sebarang permohonan yang diterima SPFC setakat ini daripada pasukan yang berminat mendapatkan Azam.

Jika ada pasukan yang berminat mendapatkan Azam, sudah pasti SPFC akan menerima surat permohonan.

“Apa yang boleh SPFC sahkan bahawa Azam masih lagi mempunyai kontrak bersama Sri Pahang,” kata sumber itu.

Baru-baru ini, Azam yang kini bersama Harimau Malaya dikatakan dirisik beberapa pasukan termasuk Johor Darul Ta’zim, Terengganu FC dan Selangor FC.

Namun, sehingga kini tiada sebarang permohonan diterima SPFC yang menganggap ia sekadar khabar angin mengenai penghijrahan Azam.

Lebih-lebih lagi, Sri Pahang yang dibimbing Christophe Gamel masih memerlukan khidmat pemain tengah berpengalaman itu.

sumber:- BH

Azam sebelum ini turut menafikan akan meninggalkan skuad Tok Gajah.