sukan

Tenaga Baharu Buat KDA FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat svntikan tenaga baharu di bahagian pertahanan selepas bekas pemain Melaka United, Akmal Zahir Md Zahir kini secara rasmi diumumkan menyertai skuad Sang Kenari bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala AFC.

Kemasukan Akmal yang juga anak jati Kedah ini diyakini mampu membantu memperkuatkan benteng Kedah pada baki saingan musim ini selepas kekosongan posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan Jang Suk Won.

Selamat datang kepada Mohd Akmal Md Zahir, pemain pertahanan berusia 28 tahun ini berasal dari Pendang Kedah.

Ini kali pertama beliau kembali menabur bakti bersama skuad Sang Kenari selepas menghabiskan kerjaya bola sepak remajanya bersama pasukan seperti UiTM FC, Sime Darby FC, UKM FC dan kelab terakhirnya sebelum ini adalah Melaka United FC.

Pernah menganggotai skuad Harimau Muda, ini adalah peluang terbaik beliau kembali menabur bakti bersama skuad Sang Kenari.

sumber:- BH

“Kehadiran Akmal sedikit sebanyak bagi memperkuatkan bahagian pertahanan dan memberi pilihan buat Aidil Sharin Sahak mencatur benteng akhir skuad Sang Kenari,” menurut kenyataan media KDA FC.