sukan Syok Woo Baca

Alasan Yang Diberi Brad Maloney selepas Malaysia ‘bungkus awal’

Pengendali Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara Brad Maloney mengakui kegagalan mengekalkan momentum perlawanan dan taktikal pasukan menyebabkan anak buahnya dihukum dengan kekalahan kedua kepada Thailand malam tadi.

Maloney berkata, barisan anak buahnya menunjukkan disiplin tinggi pada 20 minit pertama perlawanan sebelum secara tiba-tiba menjadi ‘lemau’ hingga membuka ruang untuk Thailand menyumbat tiga gol.

Situasi terbabit turut sama berlaku apabila skuad muda negara itu beraksi men3ntang Korea Selatan tempoh hari apabila kelalaian mereka dihukum dengan jaringan pada lewat permainan sebelum tersungkur 1-4.

Katanya, barisan pemain sudah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam usaha meraih keputusan positif namun terpaksa akur bahawa mereka belum lagi mencapai tahap seperti Korea Selatan dan Thailand.

Pada perlawanan terbabit berkesudahan kita belum cukup bagus kerana pada 20 minit pertama boleh mengawal perlawanan namun kesilapan pertahanan dihukum dengan jaringan pendahuluan oleh Thailand.

Sudah tentu keputusan itu cukup mengecewakan namun Thailand berhak untuk menang kerana mereka beraksi dengan baik.

“Kita dibolosi apabila melakukan kesilapan mudah dan sudah tentu pasukan terbaik seperti Korea Selatan dan Thailand akan menggunakan kesempatan itu untuk menjaringkan gol,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi menyaksikan pintu skuad muda negara untuk melangkah ke suku akhir apabila tewas 0-3 kepada Thailand dalam perlawanan kedua kumpulan C Piala Asia B-23 2022.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bunyodkor, Tashkent itu menyaksikan skuad kendalian Brad Maloney cukup sukar untuk menyekat s3rangan pasukan Gajah Putih sekali gus terpaksa berputih mata untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata untuk Malaysia.

sumber:- HM

Dua daripada tiga gol Thailand itu disumbangkan oleh striker lincah mereka Suphanat Mueanta manakala satu lagi dijaringkan Channarong Promsrikaew untuk memastikan Malaysia pulang awal pada kempen Piala Asia B-23.