sukan

Kemana Destinasi seterusnya untuk Beliau

Kedudukan pemain tengah Terengganu FC (TFC), Nik Akif Syahiran Nik Mat belum dapat dipastikan lagi sama ada akan terus kekal bersama skuad Penyu itu ataupun sebaliknya sebaik Liga Super kembali bersambung pada 18 Jun ini.

Ini kerana tonggak skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) yang kini berada di Uzbekistan menghadapi kejohanan Piala Asia dikaitkan dengan pasukan Sri Pahang FC, Negeri Sembilan dan Penang FC secara pinjaman.

Ini berikutan pemain kelahiran Kelantan berusia 23 tahun itu lebih banyak mem4naskan bangku simpanan bersama skuad Penyu dalam k4ncah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkara itu disuarakan Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas yang menyatakan masih dalam proses rundingan dengan pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kreatif itu.

Kita masih lagi mengadakan rundingan dengan pihak pengurusan pasukan Negeri Sembilan dan Sri Pahang FC yang berminat untuk mendapatkan khidmat Nik Akif Syahiran secara pinjaman kerana dia masih mempunyai k0ntrak dengan TFC.

Jadi keputusan sama ada pemain itu dilepaskan ataupun sebaliknya masih belum dapat dipastikan lagi dan ianya berg4ntung kepada keputusan rundingan berkenaan kerana melibatkan beberapa perkara termasuk kewangan.

“Jika rundingan selesai, kita akan memaklumkan sebelum jendela kedua perpindahan pemain berakhir bagi memastikan pemain itu lebih bersedia,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu Nafuzi berkata, beliau menyerahkan keputusan berhubung pemain itu kepada pihak pengurusan sama kekal ataupun sebaliknya.

“Kedudukan Nik Akif Syahiran masih 50-50 lagi sama ada kekal bersama TFC ataupun sebaliknya, saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk melakukan yang terbaik kepada pemain itu dan pasukan,” katanya ketika ditemui selepas berakhir aksi persahabatan men3ntang kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu lalu.

Nik Akif yang mula menyarung jersi TFC sejak 2020 dan bakal berakhir kontrak sehingga hujung musim ini hadir bagi memperkasan lagi jentera tengah skuad Penyu itu, namun kehadiran trio import, Petrus Shetembi (Namibia), Habib Haroon (Bahrain) dan Manuel Ott (Filipina) memaksa pemain itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

sumber:- HM

Terdahulu TFC mengikat bekas pemain tengah Selangor FC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim secara pinjaman selama tempoh enam bulan sehingga berakhir saingan Liga M musim ini dan pada masa sama melepaskan secara pinjaman pemain sayapnya, Muhammad Arif Mohamed Anwar yang memilih PDRM FC untuk meneruskan kariernya selepas kerap memanaskan bangku simpanan.