Semasa sukan

Menjadi Luahan ketika bertemu barisan pemain

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya tidak lena dibuai dengan pujian selepas meraih kemenangan ke atas Brunei dan Hong Kong dalam aksi persahabatan, sebelum ini.

Perkara itu diluahkan Hamidin ketika bertemu barisan pemain Harimau Malaya, jurulatih dan pegawai pasukan, hari ini, menjelang saingan Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Rabu ini.

Meskipun Harimau Malaya berjaya mengalahkan Brunei 4-0 dan Hong Kong 2-0, beliau menganggap prestasi pemain perlu lebih dipertingkatkan.

Diakui dua kemenangan ke atas Brunei dan Hong Kong adalah permulaan baik kepada persiapan kita, namun ia tidak bermakna jika kita tidak lakukan yang lebih baik di pertembungan sebenar.

Saya ingatkan pemain untuk tidak lena dibuai dengan sanjungan dan pujian, sebaliknya jadikan ia inspirasi untuk terus melawan.

Dalam kita dipuji, tidak kurang juga ada yang mengkritik, maka terus jadikan pert3mbungan ini untuk medan membuktikan kemampuan masing-masing.

“Berdasarkan pemantauan saya dalam dua aksi persahabatan ini masih ada kelompongan yang perlu kita baiki kerana kita tidak boleh sesekali memandang rendah lawan, ini tugas penting,” katanya.

sumber:- BH

Skuad bimbingan Kim Pan Gon akan menghadapi tugasan lebih penting dalam kempen kelayakan men3ntang Turkmenistan, Rabu ini sebelum berdepan Bahrain (Sabtu) dan Bangladesh (14 Jun).