sukan

Seakan ‘Mungkir janji’ terhadap Kim Pan Gon

Netizen dan peminat bola sepak Malaysia seakan ‘mungkir janji’ terhadap Kim Pan Gon apabila dilihat sudah mengacau tugas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu.

Ia susulan ramai yang mengecam keputusan pengendali dari Korea Selatan itu menyenaraikan dua pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh dalam skuad 23 pemain yang akan ke kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan menasihatkan supaya Pan Gon tidak perlu ikut atau risau dengan kritikan yang dibuat oleh netizen di media sosial.

Malah, beliau menyifatkan bahawa tugas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan sebagai jawatan paling sukar di Malaysia selepas Perdana Menteri.

Dua jawatan di negara kita ini yang memang amat susah, Perdana Menteri dan ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan. Ini jawatan yang sentiasa dikritik hebat.

Apa-apa keputusan memang ada yang tak suka dan ada yang suka, sebab itulah kita kena ikut seorang sahaja. Kalau nak ikut ramai, dalam negara kita ini mesti ada 11 Perdana Menteri.

Tapi sekarang kita kena ikut keputusan Pan Gon, kalau nak ikut kehendak semua netizen, memang matilah. Ya, memang (sudah kacau tugas Pan Gon), ini lumrah sekarang bila ada netizen yang boleh komen dalam media sosial.

“Nasihat saya, jangan ikut, itu saja. Memang di mana-mana pun benda ini berlaku, tapi di sini saya nampak terlampau sangat. Orang kena pandai nilai jurulatih, lepas itu pasukan kita sendiri,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Netizen dan peminat sebelum ini meminta tiada mana-mana pihak yang mengganggu tugas atau keputusan Pan Gon selepas dia diumumkan sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya, pada awal tahun ini. Justeru, kritikan hebat terhadap pemilihan De Paula dan Sumareh dilihat sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus skuad kebangsaan yang kini berada pada prestasi terbaik dan persiapan menghadapi saingan Kumpulan E, kelayakan Piala Asia 2023, bermula Rabu ini.

Harimau Malaya akan mengharungi aksi pertama berdepan Turkmenistan, Rabu ini sebelum menentang Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Selain itu, Sathianathan menegaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan menanggung kerugian sekiranya segala kehendak netizen dituruti.

Jika terlalu ikut apa netizen cakap, yang rugi akhirnya FAM juga. Ia kerana, contohnya kalau buang Pan Gon mereka (FAM) kena bayar, bukan tunjuk notis tiga bulan boleh bagi gaji tiga bulan.

sumber:- BH

“Netizen kena tahu kontrak, kalau netizen tak suka, satu sen pun mereka tak bagi. Jadi, yang rugi adalah FAM. Kita minta Pan Gon datang untuk membantu, bagi dia buat kerja,” katanya.