sukan

Disebalik target tujuh Pan-gon

Untuk layak ke Piala Asia tahun depan, pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon meletakkan sasaran tujuh mata wajib digenggam dengan aksi pertama men3ntang Turkmenistan adalah aksi penting bagi memburu tiga mata pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Jelas Pan-gon, kemenangan ke atas lawan yang menduduki ranking ke-134 dunia itu adalah misi hidup mati skuad negara meskipun masih mempunyai dua lagi baki aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia itu dengan men3ntang Bahrain dan Bangladesh selepas ini.

Katanya, kejayaan memungut tiga mata maksimum itu nanti pastinya menyuntik motivasi pemain untuk aksi berikutnya nanti.

Kalau kita nak layak saya fikir tujuh mata boleh menyelamatkan kita untuk layak. Sudah tentu perlawanan dengan Turkmenistan ini adalah untuk meraih tiga mata.

“Kita akan mengambil pendekatan dari satu aksi ke satu aksi dan mungkin perlawanan kedua nanti kita juga boleh dapat tiga mata atau sebaliknya, tapi kalau kita nak ke pusingan akhir Piala Asia kita kena dapatkan tujuh mata dan cuba capai sasaran itu,” katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini, hari ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan sebenarnya tidak pernah bertemu di peringkat antarabangsa dengan Malaysia hanya kerap menentang negara jiran tetangga Turkmenistan seperti Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan sahaja.

Namun mengikut keputusan-keputusan skuad kebangsaan dengan negara-negara Asia Tengah itu, hanya Uzbekistan dilihat cukup ampuh berbanding Kyrgyzstan dan Tajikistan yang sudah berapa kali pasukan negara tewaskan.

Ujar Pan-go lagi, anak didiknya akan turun dengan taktikal meny3rang dan tidak akan memberi ruang buat pihak lawan bergerak bebas.

Malah, barisan kejurulatihan negara juga sudah menganalisa kelemahan dan kekuatan pihak lawan dan beliau percaya keputusan positif mampu dilakar di depan ribuan penyokong setia skuad Harimau Malaya nanti.

Seperti kebiasaan, kami pilih untuk menang dan untuk mendominasi perlawanan. Kami mahu menguasai aksi untuk menang dan tidak ada perbezaan sesiapa lawan yang kita temui.

sumber:- HM

“Kita akan gunakan kaedah sama untuk menang dan sudah tentu ia berdasarkan taktikal pihak lawan. Kita dah analisa dan saya cukup yakin perlawanan akan berlangsung rancak,” katanya.