sukan Syok Woo Baca

Luahan Hamidin Kepada Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya tidak lena dibuai dengan pujian selepas meraih kemenangan ke atas Brunei dan Hong Kong dalam aksi persahabatan, sebelum ini.

Perkara itu diluahkan Hamidin ketika bertemu barisan pemain Harimau Malaya, jurulatih dan pegawai pasukan, hari ini, menjelang saingan Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Rabu ini.Meskipun Harimau Malaya berjaya mengalahkan Brunei 4-0 dan Hong Kong 2-0, beliau menganggap prestasi pemain perlu lebih dipertingkatkan.

Diakui dua kemenangan ke atas Brunei dan Hong Kong adalah permulaan baik kepada persiapan kita, namun ia tidak bermakna jika kita tidak lakukan yang lebih baik di pert3mbungan sebenar.Saya ingatkan pemain untuk tidak lena dibuai dengan sanjungan dan pujian, sebaliknya jadikan ia inspir4si untuk terus melawan.

Dalam kita dipuji, tidak kurang juga ada yang mengkrltik, maka terus jadikan pert3mbungan ini untuk medan membuktikan kemampuan masing-masing.

Berdasarkan pem3ntauan saya dalam dua aksi persahabatan ini masih ada kel0mpongan yang perlu kita baiki kerana kita tidak boleh sesekali memandang rendah lawan, ini tugas penting,” katanya.

sumber:bh

Skuad bimbingan Kim Pan Gon akan menghadapi tugasan lebih penting dalam kempen kelayakan menentang Turkmenistan, Rabu ini sebelum berdepan Bahrain (Sabtu) dan Bangladesh (14 Jun).