sukan

Perak FC sah tukar logo kelab lagi

Ipoh: Perak FC hari ini memperkenalkan logo baharu kelab itu bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana musim ini, susulan pengambilalihan kelab daripada pemilik lama, Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd oleh pemilik baharu kelab, XOX Bhd.

Perkara itu disahkan melalui muatnaik gambar profil Facebook rasmi kelab itu, malam ini selain melalui muat naik sebelumnya iaitu video berdurasi 13 saat yang memaparkan logo baharu terbabit.

Seperti logo sebelumnya, ia menampilkan tiga warna tradisi utama Perak iaitu putih, kuning dan hitam dengan masih disertakan tulisan Perak Football Club, juga lukisan berbentuk seakan seladang yang sinonim dengan negeri Perak sedang membawa bendera negeri itu.

Sebagai rekod, Perak FC pernah menggunakan empat logo sebelum ini dalam saingan Liga Malaysia ,malah pada tahun lalu diadakan pertandingan mencipta logo kelab terbabit bagi musim 2021 selepas logo sedia ada mendapat kritikan daripada peminat.

Penukaran logo terbaharu kali ini adalah yang kedua bagi tahun 2022, iaitu selepas logo kelab yang turut ditukar oleh IMC sebelum ini pada Januari lalu.

Dalam pada itu, pengenalan logo baharu berkenaan mendapat maklum balas positif dari peminat yang meninggalkan komen pada ruangan hantaran memuatkan video berkenaan.

Penukaran logo terbabit sebelum ini, pernah digambarkan apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) interim Perak FC yang juga adalah CEO One XOX Sdb Bhd, Bobie Farid Shamsuddin melalui Instagram @ariesham.

sumber:hmetro

Menerusi muat naik pada Instagram @ariesham sebelum ini, beberapa gambar dimuat naik olehnya yang menampilkan beberapa objek termasuk barang dagangan (merchandise) yang tertera logo seakan merujuk kepada Perak FC di samping keterangan atu kepsyen yang memberi bayangan tentang penukaran logo baharu.