sukan

Tampilkan Aksi Drastik Demi maruah Negara

Beraksi demi maruah dan itulah yang harus dilakukan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara apabila berdepan Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv, Tashkent, di Uzbekistan malam esok.

Dua kekalahan dalam dua aksi meletakkan skuad kendalian Brad Maloney di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata sekali gus aksi dengan Vietnam adalah peluang untuk memecahkan ‘telur’ daripada pulang tanpa sebarang keputusan positif.

Begitupun bukan mudah buat skuad Harimau Muda memandangkan lawan juga masih kini pada landasan tepat untuk mara ke pusingan suku akhir dengan perlu menewaskan Malaysia.

Ini kerana, skuad muda Naga Emas itu sebelum ini berjaya mengejutkan juara bertahan Korea Selatan dengan keputusan seri 1-1 ketika skuad negara pula tumbang tumbang 1-4 dalam aksi pertama sebelum ini.

Malah, mereka juga berjaya mengikat Thailand dengan 2-2 ketika anak buah Maloney terkapai-kapai ‘lemas’ dib3lasah 0-3 oleh lawan sama.

Justeru, motivasi pemain Vietnam sudah tentunya berada pada tahap terbaik untuk memburu tiga mata penuh sambil mengharapkan Korea Selatan mampu menundukkan Thailand bagi membuka peluang untuk mara ke saingan berikutnya.

Rekod pertemuan juga nyata memihak Vietnam dengan pertemuan terakhir adalah di peringkat separuh akhir Sukan Sea di Hanoi bulan lalu yang menyaksikan Malaysia tumbang 0-1 dalam masa tambahan.

sumber:- HM

Skuad muda negara perlu bangkit dan segera melupakan dua kekalahan terdahulu dan cuba pulang membawa sekurang-kurangnya satu mata bagi menjaga maruah dan mengelak aib lebih besar di bumi Uzbekistan.