KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) lulus ujian keduanya selepas berjaya menvmpaskan juara Liga Perdana Kemboja, Phnom Penh Crown FC 3-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam tadi.
Pada aksi pertama menentang skuad kendalian Oleg Starynskyi Sabtu lalu juga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Pengendali TFC, Nafuzi Zain menjelaskan beliau b4ngga dan berpuas h4ti dengan persembahan diper4gakan anak buahnya walaupun berdepan dengan juara Liga Perdana Kemboja dua musim berturut-turut itu.
“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemain walaupun pada babak pertama kita menurunkan barisan kedua. Mereka tidak g3ntar sebaliknya mampu beraksi mengikut perancangan yang diatur, inilah yang membuatkan saya begitu bangga.
“Mengenai persembahan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim, saya sudah mengenalinya sebelum ini dan saya tahu kualiti yang ada padanya, jadi perlawanan pertamanya pada malam ini (malam tadi) dengan jaringan pertama itu bagus buatnya sekali gus mampu meningkatkan lagi keyakinannya.Saya harap dia dapat meneruskan aksi terbaiknya bersama pasukan dalam misi membvru sas4ran yang ditetapkan pihak pengurusan musim ini,” katanya.
Dalam perlawanan itu, tiga pemain tempatan, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob, Ridzuan Razali dan pemain baharu, Nik Sharif Haseefy masing-masing mel3dak jaringan buat skuad Penyu manakala gol sagu h4ti pelawat dijaringkan pemain tengah Sath Rozak, semua gol terhasil pada babak kedua perlawanan.
sumber:bh
Jumaat ini TFC bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ketiganya men3ntang kelab dari Singapura, Balestier Khalsa FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.