sukan

Tidak gentarkan Dominic Tan

Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dominic Tan tidak menganggap faktor fizikal lebih besar yang dimiliki pemain Turkmenistan sebagai masalah utama buat Harimau Malaya menjelang pert3mbungan kedua-dua pasukan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023, Rabu ini.

Mengakui perkara itu mungkin menjadi kekuatan Turkmenistan, namun Dominic tetap menganggap pemain Harimau Malaya yang bertubuh lebih kecil seperti Faisal Halim dan Akhyar Rashid juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Malah, pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan Harimau Malaya juga mempunyai perancangan bagaimana untuk berdepan pemain lawan yang memiliki fizikal lebih besar.

Mungkin mereka memiliki fizikal yang lebih besar dan itu kekuatan mereka, tapi fizikal bukan segala-galanya. Kita pun ada kekuatan, kita pun ada pemain yang fizikal besar, tiada masalah.Bagi saya, walaupun jika anda menyebut Faisal, Akhyar, mereka ada kelebihan mereka. Ia bukan masalah mengenai fizikal, kami ada perancangan,” katanya.

Turkmenistan menjadi lawan sulung Harimau Malaya dalam Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum men3ntang Bahrain, Sabtu ini dan Bangladesh (14 Jun).

Selain itu, Dominic juga menjelaskan bahawa dia tidak terkesan dengan kritikan hebat yang diterimanya ketika bersama skuad Harimau Malaysia sebelum ini.

Saya lakukan apa yang saya boleh untuk bantu pasukan. Orang nak cakap pasal kami, saya ke, siapa pun, kami tahu kami datang ke sini bukan untuk berhibur.

sumber:- BH

“Kami bekerja keras di sini untuk membentuk kekuatan pasukan dan kami buat yang terbaik untuk pasukan,” katanya.