sukan

Usah ‘diperlekehkan’ Padang Malaysia

Belum pun sepak mula kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E bermula esok, keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah dipersoalkan.

Perkara itu disuarakan jurulatih Bahrain, Helio Sousa yang mempersoalkan keadaan permukaan padang di gelanggang rasmi ‘Harimau Malaya’ itu untuk digunakan untuk kesemua perlawanan kumpulan dalam tempoh tujuh hari.

“Mungkin esok padang dalam keadaan terbaik kerana ia adalah perlawanan pertama pertandingan tetapi selepas perlawanan ketiga, keempat dan kelima di padang yang sama, kita akan lihat bagaimana kita menanganinya,” kata jurulatih kelahiran Portugal berusia berusia 52 tahun itu pada sidang media praperlawanan hari ini.

Malah, Sousa mendedahkan pasukannya berdepan ‘pengalaman luar biasa’ dari aspek venue latihan yang menyukarkan pemainnya semasa dan selepas latihan.

Beliau berkata, keadaan padang latihan berbeza daripada kebiasaan yang digunakan pasukannya sejak empat tahun lalu.

Apapun, Bahrain yang menjadi pasukan pilihan dalam kumpulan hadir dengan tekad mahu menebus kekecewaan tersingkir awal daripada kelayakan ke Piala Dunia 2022 dengan menyasarkan gelaran juara kumpulan.

Menurut Sousa, ia adalah kerana pasukannya juga berharap untuk melanjutkan rekod penampilan Piala Asia untuk edisi keenam berturut-turut.

Beliau berkata matlamat pasukan adalah untuk menjadi juara kumpulan atau pasukannya perlu bersaing untuk menjadi antara lima pasukan naib juara terbaik untuk mengesahkan tiket ke pusingan akhir di China, tahun depan.

Kami mahu menakluki kedudukan ini (nombor satu) untuk berada di peringkat terakhir pertandingan dan meletakkan rekod itu (penampilan Piala Asia) lebih tinggi tetapi kami tahu bahawa kami mempunyai kesukaran sendiri dalam perjalanan untuk tiba di penghujung tiga perlawanan.

“Kami tahu bahawa kami mesti berjuang dan memberikan yang terbaik walaupun kadang-kadang tidak seperti diharapkan tetapi kami mesti terus mencapai kemenangan. Kami akan bermain dengan sepenuh jiwa di atas padang dan berharap untuk menjadi salah satu pasukan yang akan berada di pusingan akhir,” katanya.

sumber:- BH

Sebagai pasukan pilihan, Bahrain di ranking ke-89 dunia akan memulakan kempen men3ntang Bangladesh (ranking ke-188) esok sebelum bertemu Malaysia (154) dan Turkmenistan (134) masing-masing pada 11 dan 14 Jun.