sukan

Aksi Harimau Malaya Memang Mengaum

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mendahului Turkmenistan 3-1 selepas 45 minit pada aksi pertama Kumpulan E pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Anak buah Kim Pan Gon membuktikan ranking bukanlah segalanya apabila lebih mend0minasi sebahagian besar permainan menentang pasukan yang berada di ranking ke-134 itu, iaitu 20 anak tangga di atas Malaysia.

Aksi g4rang yang diperagakan menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan skuad negara mudah mendahului 2-0 dalam tempoh 15 minit.

Safawi Rasid memberikan gol pembukaan pada minit ke-10 sebelum Faisal Halim mengg4ndakan kelebihan lima minit berselang.

SUMBER:BH

Annadurdyyev Altymyrat mengurangkan defisit pada minit ke-37 namun Corbin Ong mengembalikan kelebihan dua gol buat Malaysia di penghujung babak pertama.