Sepak mula berdepan Turkmenistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini akan menandakan bermulanya perjalanan Harimau Malaya membawa misi ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Misi besar itu kini di bahu pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon untuk menamatkan penantian 42 tahun skuad negara mara ke kejohanan tertinggi Asia secara merit selepas kali terakhir pada 1980.
Untuk rekod, Malaysia juga pernah beraksi di pentas Piala Asia pada 2007, namun ketika itu tiket selaku tuan rumah yang mana turut dianjurkan bersama tiga lagi negara Asia Tenggara yang lain termasuk Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Melihat kepada kelebihan beraksi di laman sendiri dan prestasi yang meyakinkan ditampilkan skuad negara dalam siri aksi persahabatan sebelum ini, misi untuk ke pentas Piala Asia tahun depan tampak boleh direalisasikan.
Apa yang menariknya, Malaysia dan Turkmenistan tidak pernah bertemu sebelum ini dan aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil akan menjadi pertarvngan sulung kedua-dua pasukan itu.
Berdasarkan kedudukan dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Turkmenistan yang beraksi di Piala Asia 2019 berada di tangga 134 dunia iaitu 20 anak tangga di depan Malaysia (154).
Ia pasti menunjukkan bahawa skuad kendalian Yazguly Hojageldiyev itu bukan lawan yang mudah buat Harimau Malaya selain barisan pemain mereka juga memiliki saiz fizikal yang besar.
Pun begitu, semua itu bukanlah perkara yang perlu diambil kira oleh pemain Harimau Malaya kerana yang menjadi keutamaan mereka ketika ini adalah meraih kemenangan.
Tiga mata berdepan Turkmenistan sangat penting bagi menaikkan moral anak buah Pan Gon dalam saingan Kumpulan E dan akan men3ntang pasukan tangga ke-89 dunia, Bahrain di gelanggang sama, Sabtu ini.
Justeru, tidak kira berapa pun jumlah jaringan atau bagaimana sekali pun permainan Harimau Malaya, kemenangan harus dicapai ke atas Turkmenistan untuk menempuh laluan yang lebih baik selepas ini.
Aura pemain ke-12 Harimau Malaya iaitu penyokong sekali lagi ditagih untuk mengganggu atau memat!kan terus rentak yang cuba dimainkan Turkmenistan dalam perlawanan itu.
sumber:- BH
Lupakan kegembiraan belasah Brunei dan lupakan kejayaan menewaskan Hong Kong, pastikan Harimau Malaya mengaum sekuat mungkin untuk menjinakkan Turkmenistan di Bukit Jalil.