sukan

Status Naturalisasi akhirnya terjawab sudah

Harapan untuk melihat bekas pemain lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera sebagai tonggak naturalisasi terbaharu negara tidak kesampaian apabila perkara itu tidak akan berlaku.

Sebelum ini, kecoh di laman sosial yang mend4kwa Cabrera bakal menyertai semula JDT pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ketika ini.

Malah dikhabarkan kononnya tonggak kelahiran Argentina itu bakal didaftarkan sebagai pemain naturalisasi.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan JDT apabila mengesahkan tidak akan merekrut semula Cabrera sekali gus menolak khabar angin itu.

Saya ingin menyangkal dakwaan yang tular mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menandatangani semula Gonzalo Cabrera sebagai pemain naturalisasi.

Kelab sudah membuat keputusan untuk tidak menandatangani Cabrera kerana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mempunyai peraturan bahawa pemain naturalisasi bukan warisan perlu menjadi warganegara Malaysia untuk lima tahun selepas mendapat kerakyatan sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan, melainkan di bawah program naturalisasi kebangsaan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia.

“Oleh itu, JDT mengambil keputusan untuk tidak menandatangani Cabrera memandangkan beliau akan berusia 38 tahun selepas lima tahun tersebut,” kata Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers (JST).

Menerusi penafian ini, tanda tanya siapakah empat pemain baharu yang akan ditandatangani skuad Harimau Selatan masih lagi menjadi misteri.

sumber:- HM

Minggu lalu, kelab terbabit mengumumkan bakal membawa masuk empat tonggak baharu dengan dua daripadanya adalah pemain tempatan dan dua lagi yang berpengkalan di luar negara.