sukan

Bakat Arif Aiman Diintai 15 ejen Luar Negara

Benarkah tonggak sayap Harimau Malaya dan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bakal melebarkan sayapnya ke luar negara?

Itu persoalan yang timbul dikalangan peminat tempatan selepas difahamkan hampir 15 orang pencari bakat dan ejen bola sepak luar negara sedang memerhati rapat aksinya.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter yang dimuat naik oleh We Are Scouting, aksi licik Arif dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bulan lalu dengan JDT dan Kelayakan Piala Asia 2023 bersama pasukan negara berjaya menambat hati beberapa ejen.

Pemain berbakat dari Malaysia yang berjaya menarik perhatian pasukan ‘scouting’ kami, selepas beraksi cemerlang di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia.

“Seorang pemain sayap muda dari Malaysia yang bertindak bijak dan melakukan umpanan tepat kepada striker di dalam kotak penalti,” kata laman Twitter itu.

Bagaimanapun, sehingga kini JDT selaku majikan masih belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan itu sama ada benar ataupun tidak.

Namun jika ia benar, Arif bakal menjadi pemain seterusnya daripada JDT selepas Safawi Rasid pernah dipinjamkan selama enam bulan ke kelab Portugal, Portimonense SC.

sumber:- BH

Begitupun Safawi hanya sempat bertahan selama tiga bulan saja dari September hingga Disember 2020 lalu, selepas dia gagal memecah masuk skuad utama dengan kerap memanaskan bangku simpanan sekali gus memaksa JDT memendekkan tempoh pinjamannya itu.