sukan

De Paula Ada peminat tersendiri di padang

Walaupun sentiasa menjadi bahan k3caman, Guilherme De Paula tetap menerima layanan baik daripada penyokong Harimau Malaya ketika aksi kelayakan Piala Asia 2023 berdepan Turkmenistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Penonton di gelanggang keramat Harimau Malaya itu dilihat menjerit nama De Paula ketika dia masuk menggantikan Darren Lok pada minit ke-83.

Malah, pemain naturalisasi negara itu mengakui semua pemain teruja dengan atmosfera di Stadium Nasional dan berharap lebih ramai penyokong akan hadir ke stadium pada aksi berdepan Bahrain, Sabtu ini.

“Sokong kami, sebab kami akan bagi lebih 100 peratus setiap perlawanan untuk layak. Saya harap perlawanan seterusnya penyokong akan datang lebih ramai. Datang dan sokong kami, bagi kami lebih keyakinan untuk memenangi perlawanan,” katanya.

De Paula sentiasa menjadi bahan kec4man atau kritlkan penyokong sejak dia menyertai pasukan kebangsaan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun lalu.

Malah, ramai peminat dan pemerhati bola sepak tempatan turut memp3rtikai pemilihannya bersama seorang lagi pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh terpilih untuk skuad yang beraksi di pusingan akhir kelayakan kali ini.

De Paula bagaimanapun menjelaskan bahawa dia mengelak daripada membaca komen bvruk di media sosial, sebaliknya lebih memberi fokus meningkatkan prestasi setiap hari.

Bagi saya ia bukan masalah, semua komen bvruk saya tidak baca, setiap perkara yang mereka katakan mengenai saya. Saya tekan diri saya setiap hari untuk berada pada landasan terbaik.

Saya sentiasa p0sitif mengenai atmosfera pasukan, dalam beberapa hari kami bersama, kami gembira. Atmosfera di Bukit Jalil menjadikan pemain teruja untuk bermain di sini.

sumber:- BH

“Saya bangga berada di sini, Malaysia dan saya bangga menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia serta menjadi sal4h seorang daripada mereka,” katanya.