sukan

Luar Dari Jangkaan Pan-Gon

Reaksi segera selepas bol0s pada minit ke-38 dengan membalas gol ketiga di hujung babak pertama dipuji pengendali negara, Kim Pan-gon yang menyifatkan mentaliti pemainnya cukup kuat.

Dalam aksi pertama Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, skuad Harimau Malaya berjaya memb3nam Turkmenistan 3-1 untuk menghadiahkan tiga mata pertama.

Walaupun dibol0si hasil kesil4pan individu namun Pan-gon enggan menyalahkan mana-mana pemain sebaliknya melihat reaksi balas itu sebagai sesuatu yang positif.Sudah tentu, ada satu ketika pemain akan melakukan kesil4pan dan ia perkara biasa dalam permainan bola sepak.Saya tidak mahu komen mengenai kesil4pan individu sebaliknya saya lebih fokus kepada permainan berpasukan.

“Bagaimanapun pemain berjaya bangkit daripada kesil4pan itu dan saya bangga pemain mempunyai mentaliti seperti itu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.Jelasnya lagi, barisan pemain berjaya mengikut segala t4ktikal dan ar4han yang dirancang sepanjang 90 minit aksi.

Malam ini salah satu momen terindah buat saya dan barisan kejurulatihan apabila dapat melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah semua pemain serta para penyokong yang hadir ke stadium.

Saya sebenarnya tidak meletakkan harapan besar kepada pemain pada perlawanan malam ini, namun mereka memberikan 120 peratus komitmen member4ngsangkan atas padang. Harimau Malaya mula menunjukkan karakter sebenar.

“Mereka berjaya mengikut perancangan yang ditetapkan sebelum ini dengan tepat dan teratur, sekali gus membolehkan pemain-pemain dapat mend0minasi permainan dengan bertenaga selain mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang 90 minit di atas padang tadi,” katanya.

Pada perlawanan itu, tuan rumah meraih gol menerusi Safawi Rasid, Faisal Halim dan Corbin Ong dengan masing-masing meledak gol pada minit ke-11, 16 dan 46, sementara gol pelawat diraih melalui Annadurdyyev Altymyrat di minit 38.

Malaysia dan Bahrain kini berkongsi tiga mata namun skuad kendalian Pan-gon berada di tangga pertama kumpulan hasil kelebihan satu gol selepas Bahrain hanya mampu melakar kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh.

sumber:- HM

Selepas ini, skuad Harimau Malaya akan bertemu Bahrain dalam aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.