sukan

Mengalir Air mata Jurulatih

Aksi memvkau dipamerkan barisan pemain Harimau Malaya ketika berdepan Turkmenistan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, malam tadi berjaya mengalirkan air mata gembira jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.

Lebih menarik, ia berlaku ketika jurulatih berusia 71 tahun itu menjadi pengulas perlawanan itu yang disiarkan secara langsung di saluran TV9 dengan dia mengakui tidak boleh bercakap terutama ketika gol pertama dan kedua Harimau Malaya dihasilkan pada minit ke-10 dan 15.

Pengendali Kuching City FC itu menjelaskan bahawa dia seakan tidak percaya dengan corak permainan yang sangat bertenaga dan berintensiti tinggi dipamerkan anak buah Kim Pan Gon hingga berjaya memerangkap lawan.

Aksi Malaysia sudah lama kita tengok, tapi semalam bila perlawanan bermula saya kata betul ke ini pasukan Malaysia? Betul ke mereka main dengan begitu tinggi intensiti dalam menekan pemain lawan?

Sebelum perlawanan saya anggap mungkin biasa sahaja, tapi selepas itu saya terkejut. Gol pertama dan gol kedua memang menarik kerana seni bola sepak yang mereka pamerkan.

Saya tak boleh nak gambarkan seni yang mereka mainkan, bukan terlalu hebat tapi berubah sakan. Semasa gol pertama saya tak boleh bercakap, saya tak boleh kawal em0si, memang saya tak percaya mula-mula itu.

Jadi bila mereka jaringkan gol dengan pergerakan yang cantik, saya orang lama dengan bola sepak jadi rasa tertarik. Seb4k dan em0si itu sebenarnya kerana gembira dengan cara permainan Harimau Malaya pamerkan.

“Tapi jangan lupa peranan penonton semalam, kalau saya main tempat orang (dengan penyokong) macam itu pun saya gerun. Tengok lawan Bahrain nanti, pec4h stadium,” katanya kepada BH Sukan.

Kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan menandakan permulaan p0sitif skuad Harimau Malaya dalam Kumpulan C dengan jaringan pasukan negara dihasilkan Safawi Rasid pada minit ke-10, Faisal Halim (15) dan La’Vere Corbin Ong (45), manakala gol tunggal Turkmenistan disumbangkan Annadurdyyev Altymyrat pada minit ke-37.

Selain itu, Irfan turut mengakui corak permainan yang diterapkan oleh Pan Gon memberi kesan kepada persembahan Harimau Malaya.

Mungkin ini sebabnya Liridon (Krasniqi) tak ada dalam pasukan itu, kalau tak dia akan memperlahankan permainan. Jadi memang menarik, itu saya kata, soal ranking itu perkara kedua atau ketiga.

sumber:- BH

“Apa yang penting adalah mengenai persembahan pada hari perlawanan. Memang betul, kalau nak kira saiz (fizikal pemain) kita memang kalah,” katanya.