Syok Woo Baca

Saya tidak sangka boleh menjaringkan gol – Faisal Halim

Nampak senang tetapi jaringan yang dilakukan oleh pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim untuk membantu Malaysia mendahului 2-0 ketika menentang Turkmenistan, semalam tidak semudah yang disangkakan.

Ini kerana pemain berusia 24 tahun itu yang lebih mesra disapa Mickey mengakui dia tidak berada pada sudut yang terbaik untuk menjaringkan gol namun dia tetap lega apabila bola tetap berjaya ‘mengg0ncangkan’ gawang Turkmenistan.

Kalau lihat dalam televisyen, memang nampak sudut yang luas dan boleh terus menjaringkan gol. Tetapi dalam keadaan itu, saya melihat penjaga gol sebanyak dua kali.

Saya tidak sangka boleh menjaringkan gol kerana sudut yang diambil itu bukan untuk menjaringkan gol. Saya membuat sudut itu pada minit akhir dan apabila bola terkena jaring, saya rasa satu kebanggaan untuk diri sendiri juga rakyat Malaysia.

“Gol itu meletakkan kita 2-0 di depan dan memberikan kita satu semangat serta motivasi,” kata Faisal yang dinobat sebagai Pemain Terbaik perlawanan itu.

Sebagai rekod, ini jaringan pertama pemain sayap Terengganu FC (TFC) itu bersama skuad kebangsaan jadi tidak hairanlah gol itu begitu em0sional dan membuatkan dirinya sebak.

Malah, tindakannya meraikan gol itu dengan menirv cara bintang ters0hor, Cristiano Ronaldo mencvri tumpuan ramai.

Dalam perkembangan lain, Faisal juga menegaskan dia tidak berdepan mas4lah untuk ‘berg4sak’ dengan pemain lawan yang memiliki kelebihan fizikal berbanding dirinya.

“Perkara ini (kelebihan fizikal lawan) adalah perkara sama cuma intensiti permainan yang berbeza kerana lebih laju. Kalau bermain di liga kita pun, kita tetap bersaing dengan pemain import yang lebih besar.

sumber:- BH

“Jadi pengalaman dalam liga digunakan untuk saya men3mpuh cab4ran di pentas antarabangsa. Kalau saya seorang pun, takkan jadi bagus kerana mesti ada rakan sepasukan di belakang,” katanya.